Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

Share this:

Apa tanda-tanda saham tu nak buat perubahan trend?

Terdapat dua fasa yang sangat penting kepada pelabur dalam pelaburan saham kerana dua fasa ini merupakan peluang kepada mereka untuk meraih keuntungan dan merancang strategi pelaburan mereka. Dua fasa ini adalah: 

  • Fasa Bullish
  • Fasa Bearish

Dua fasa ini akan selalu diperhatikan oleh pelabur untuk mereka mencari peluang menjana keuntungan dalam pelaburan mereka.  Ini kerana, ketika harga sesuatu saham atau pasaran itu berada di fasa bullish, peluang untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham adalah tinggi berbanding apabila pasaran sedang berada pada fasa bearish

Ada tiga cara untuk kita melihat tanda awal perubahan trend terhadap sesuatu pasaran melalui sudut pandang:

  • Psikologi Pelabur
  • Analisa Fundamental 
  • Analisa Teknikal

Untuk artikel kali ini, kita akan tumpukan tanda-tanda awal perubahan trend dari sudut pandang psikologi pelabur dahulu. 

Mari kita lihat tanda-tanda perubahan trend ini dari sudut pandang psikologi pelabur. 

Baca Juga:

Pola Awal Perubahan Trend

Tanda-tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

Pergerakan harga saham ini sebenarnya disebabkan oleh supply dan demand sesuatu saham tersebut. Ianya merupakan asas ekonomi dimana apabila semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu, semakin tinggi harganya akan naik dan begitu juga sebaliknya.  Yang menentukan permintaan sesuatu saham ini pula adalah pelabur baik pelabur runcit mahupun pelabur institusi. 

Pelabur pula mempunyai emosi yang akan menyebabkan mereka bertindak untuk membeli atau menjual sesuatu saham atau apa-apa instrumen pelaburan tersebut.  Emosi pelabur inilah yang kita kategorikan sebagai psikologi pelabur dalam memberikan tanda-tanda awal perubahan trend daripada bullish kepada bearish dan juga sebaliknya. Mari kita lihat bagaimana psikologi pelabur ini mampu menjadi tanda-tanda awal kepada perubahan trend akan terjadi. 

Tanda Awal Perubahan Trend

Menjadi lumrah alam apabila sesuatu itu naik, ianya akan turun juga nanti. Begitu juga dengan harga saham yang membuat kenaikan yang tinggi, ianya akan jatuh juga nanti. 

Dari segi psikologi pelabur, terdapat beberapa sebab sesuatu fasa itu memberikan tanda awal perubahan trend daripada fasa Bullish kepada Bearish seperti:-

  • Apabila instrumen atau nama saham menjadi viral
  • Apabila berlaku kenaikan yang parabolik
  • Apabila harga saham tersebut menghampiri harga psikologinya

Apabila Nama Saham Mula Viral

Apabila sesuatu instrumen atau saham mula menjadi sebutan ramai termasuk mereka yang tidak terlibat dalam pelaburan tersebut, ianya merupakan tanda awal bahawa harga instrumen atau saham tersebut akan bertukar arah daripada bullish kepada bearish.  Ianya tidak terhad kepada saham sahaja, malah instrumen lain seperti kripto atau hartanah sekalipun pernah mengalami perubahan fasa seperti ini. 

Untuk pelaburan saham, apabila sesuatu nama kaunter saham tersebut mula disebut-sebut oleh ramai orang dan lebih hebat lagi jika mereka yang bukan pelabur saham pun mula ketahui tentang kaunter saham tersebut, ianya merupakan tanda awal bahawa saham ini akan membuat perubahan trend. Sebagai pelabur, jika kita sudah memegang saham berkenaan, apabila muncul keadaan sebegini kita boleh bersiap sedia untuk melepaskan pegangan yang sedia ada.  Kepada yang belum memiliki saham tersebut, risiko untuk membeli saham yang telah viral ini adalah tinggi kerana kita tidak tahu bila perubahan trend tersebut akan berlaku. Boleh jadi ianya berlaku sebaik sahaja kita menekan butang belian. 

Apabila Saham Membuat Kenaikan Parabolik

Kenaikan parabolik ini adalah kenaikan yang drastik untuk beberapa hari dan secara berturut-turut tanpa membuat sebarang pembetulan harga semasa melakukan kenaikan seperti yang ditunjukkan pada carta diatas. Apabila berlakunya kenaikan harga secara parabolik ini, ianya merupakan tanda saham ini akan melakukan peruabahan trend daripada bullish kepada bearish. Kenaikan harga saham yang melampau dan tidak sihat ini biasanya akan diikuti dengan kejatuhan harga yang drastik biasanya. Ternyata harga saham ini jatuh dengan mendadak menghampiri semula harga sebelum saham ini membuat kenaikan secara parabolik tadi. 

Apabila Saham Menghampiri Harga Psikologinya

Harga saham menghampiri harga psikologi ini membawa maksud apabila harga saham ini telah mencapai atau menghampiri harga yang pernah dibuat pada masa lalu atau dikenali sebagai resistance.  Apabila sesuatu saham itu membuat kenaikan dan menghampiri paras resistance-nya, biasanya saham tersebut akan membuat perubahan trend apabila ianya gagal untuk menembusi paras resistance tersebut.  Namun jika sesuatu saham tidak mempunyai sejarah harga yang lalu, seperti saham yang baru diapungkan, harga psikologinya biasanya adalah RM1.00, RM5.00 dan juga RM10.00.  Ini bermakna, jika saham tersebut didagangkan pada harga bawah RM1.00, paras resistance nya adalah RM1.00 dan jika ianya didagangkan pada harga lebih RM1.00 pula, paras resistance-nya adalah RM5.00 dan seterusnya. 

Apabila harga sesuatu saham ini mula menghampiri harga psikologi tersebut, akan ada antara pelabur terutamanya pelabur jangka masa pendek mula melepaskan pegangan saham mereka yang menyebabkan harga saham tersebut jatuh. Jika tiada minat belian terhadap saham tersebut, harga saham tersebut akan terus melakukan kejatuhan pada hari-hari berikutnya.  Berikut merupakan antara tanda-tanda awal perubahan trend dari sudut pandang psikologi pelabur yang kita boleh jadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan kita. Untuk artikel seterusnya kita akan melihat tanda perubahan trend ini daripada sudut pandang analisa fundamental dan teknikal pula. ]

Baca Juga:

Efek Trend Jangka Pendek Dan Jangka Panjang

Cukup sekian artikel dari kami, semoga bermanfaat. Apabila teman – teman masih bingung dan ingin bertanya, jangan ragu untuk hubungi Tim Trader Support kami:

Syarat dan ketentuan berlaku.

Jika anda menyukai informasi dari artikel ini dan mau tahu informasi seputar edukasi trading lainnya? Kami siap  memberikan edukasi yang sangat informatif. Mau tahu caranya ?

Temukan kami di Channel Sosial Media lainnya

link :

  1. Website : www.PelatihanProfitInternasional.com
  2. Telegram : https://t.me/NewsUpdatePPI
  3. Instagram : @PelatihanProfitInternasional  
  4. Facebook : PT. Pelatihan Profit Internasional
  5. Youtube : Pelatihan Profit Internasional

Dapatkan informasi seputar edukasi trading gratis lainnya dengan cara klik link di atas.

  • Untuk konsultasi online gratis
  • Untuk berlangganan Signal Forex, Signal Commodity dan Signal Saham
  • Registrasi dan jadwal edukasi rutin
  • Whatsapp 0817-7234-5888
  • Hunting 021-5964-5999/021-5964-5888
  • Jika anda tetap mau menerima update dari kami mengenai promosi, jadwal edukasi dan berita penting lain, klik linkTelegram ini  

https://t.me/NewsUpdatePPI Disini kami memberikan INFORMASI SEPUTAR TRADING LENGKAP GRATIS SETIAP HARI LHO!

Loading

Share this:
Translate »